Wednesday 9 March 2011

Wahai Kekasih Allah

Tarikh bersejarah bagi junjungan besar kita nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassallam.. bagaimana cara kita menunjukkan kasih kita padanya? sedangkan kita mengetahui sebelum wafatnya baginda "ummati" la perkataan yang diungkapnya. ya.. betapa risaunya baginda kepada kita terutama sekali umat akhir zaman ini.. Ya Allah, apakah bakti yang telah ku lakukan selama ini betul-betul mengikuti sunnahnya?? apakah sudah cukup hanya melafazkan bahawa kita sayang akan baginda dah menepati segala syariatnya... Ya Allah..... ampunkan segala dosa-dosaku dan saudara seagama ku..

Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia'

Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang
Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman

Ya Rasulullah ya Habiballah 
Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan
Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan

Ya Rasulullah ya habiballah....



1 comment: