Sunday 14 July 2013

Apa Itu Cinta Kerana Allah?

Assalamualaikum w.b.t...

Dalam suasana yang sejuk dan dingin nie, maklumlah selepas hujan katakan. huhu..
Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab menurunkan hujan. kan sekarang nie jerebu, so kurang laa jerebu tu kan.. Entry hari nie bukan mengisarkan jerebu, hehe.. tapi pasal cinta! Nak cerita pasal cinta tapi terkeluar pulak pasal jerebu. huhu..

Anyway, entry cinta ini lebih kepada Cinta Kerana Allah.

Cinta sering diberi gambaran indah oleh mereka yg merasainya. Umpama tiada lagi kelazatan di atas muka bumi ini selain menikmati buah cinta yg ranum.

Ibn Hazm al-Andalusi, seorang fuqaha dan ahli hadis terkemuka islam pernah mencoretkan: 
“Cinta awalnya permainan dan akhirnya kesungguhan. Ia tidak dapat dilukiskan, tapi harus dialami agar diketahui. Agama tidak menolaknya. Syariat juga tidak melarangnya.”

Benar, cinta tak pernah dilarang oleh islam, sebaliknya lebih menggalakkan kita untuk menjadi seorang pencinta. Malah, ia menjadi syarat kesempurnaan iman. 

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan al-Hakim menyebutkan Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah, sesungguhnya telah sempurna imannya.”

Lingkungan cinta itu luas, bukan terhad kepada batas cinta sesama manusia yang berlawanan jantina. Teringat firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 14 yang bermaksud: “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).”

Ibn Qayyim ada mengungkapkan: “Cinta itu tidak dicela kecuali sekiranya melalaikan daripada mengingati Allah dan menjauhkan daripada cinta-Nya.”

Jadi, menjadikan cinta yang tidak melalaikan itu membuatkan kita lebih dekat dan rapat dengan Allah kerana rasa cinta itu sendiri Allah yang campakkan dalam hati tiap-tiap manusia. Marilah kita sama-sama berusaha menjadikan cinta itu tidak melalaikan kita dari mengingati Allah.

Sekian, wallahu a’lam..



No comments:

Post a Comment