Friday 22 March 2013

Dunia Terlalu Kecil Untuk Ditangisi..

Assalamualaikum w.b.t..

Entry kali nie mengisarkan kesedihan.. semua orang pernah mengalami kesedihan kan? Termasuk laa aku sendiri. Hehee.. Tipu laa kalau korang tak pernah rasa sedih sebab kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya.
Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh dariNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia? 

Sedangkan kita bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Contohnya gagal dalam exam, ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah? 

Kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri, masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadap qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar. 

Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar. Jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi. 

Diharap kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik.

Sekian, Wallahu a’lam




No comments:

Post a Comment