Saturday 1 June 2013

Cintai pemilik cinta

Assalamualaikum w.b.t..

Entry hari nie saya rasa ingin mencoretkan perihal CINTA.. Terdetik hati saya ingin mencoretkan perihal cinta kerana bila saya on je facebook, mesti ramai yang update status pasal cinta, pasal bf or gf mereka bagai.. tambahan pula, budak-budak yang masih belajar di sekolah rendah dan menengah pun aktif bercinta. Mengalahkan orang-orang dewasa yang patut kahwin pun. huhu.. Usia belasan tahun macam mereka nie, adakah mereka tahu maksud cinta yang sebenar-benarnya?

Cinta tak terucap oleh kata-kata, 
Cinta pastinya menuntut pengorbanan, 
Cinta sendinya keikhlasan, 
Cinta mengajar erti kesabaran, 
Cinta mendidik untuk berusaha 
Cinta melatih diri menjadi kental dan tabah, 
Cinta mengajar untuk memberi dan menerima, 
Cinta adalah anugerah Allah kepada manusia. 

Siapa yang hatinya tak pernah diketuk rasa cinta? Tipulah kalau ada yang mengakui dirinya tak pernah merasainya walaupun sekali atau rasa kontang dengan kasih dan sayang pada sesuatu atau pada seseorang. Kenapa saya kata tipu? Sekalipun seseorang itu memang tak pernah langsung bercinta sesama manusia, paling tak pun rasa cinta kepada Allah itu ada, bukan? Bahkan wajib kita menanam cinta kepada pemberi cinta iaitu Allah s.w.t. 

Cuba kita lihat gelagat orang yang sedang bercinta. Apabila seseorang dilamun cinta pastinya dia akan sentiasa ceria, mudah tersenyum, kerap menghantar SMS dan menelefon untuk mendengar suara bagi menyatakan rasa “sukanya pada awk, rindu pada awk, kaulah cintaku” dan macam-macam lagi ayat-ayat power orang yang sedang becinta. 

Setiap hari orang yang bercinta itu begitu bersemangat utk harungi hari. Tetapi katakanlah tiba-tiba satu hari cinta yg ada itu punah dan menuju pengakhiran, walaupun tanpa diminta. Setiap perlakuan, kata-kata, hatta penampilan diri menjadi tunggang-langgang dan serabut. Ketika itu keluarlah kata-kata “aku tak mampu hidup tanpa dirinya, hidupku tak bererti lagi, hatiku berkecai ibarat kaca terhempas ke batu, hancurnya hati ibarat debu-debu bertebangan.” Seolah-olah hilang imannya dek berkecainya harapan dan impian yg dibina. Pelbagai emosi yg lahir kerana satu kata iaitu CINTA. 

Bagaimana pula dgn cinta kita kepada pemilik segala cinta? Adakah sama rasa keterujaan cinta kepada-Nya seperti cinta kita kepada boyfriend or girlfriend? Adakah kita akan menangis setiap hari jika kehilangan cinta Allah sepertimana kita kehilangan buah hati kita? Sepatutnya kita tak takut kehilangan cinta manusia, tapi takut jika kehilangan cinta Allah. Kita bertuah bukanlah kerana dpt menjadi kekasih seseorang, tetapi beruntung jika dpt mnjadi kekasih Allah. Bagaimana caranya?

 Melalui penyataan cinta. Kalau benar kasih dan sayang Allah,mesti ada bukti. Kalau pasangan yang bercinta hari-hari memuji, hari-hari teringat-ingat, sepatutnya kita dgn Allah s.w.t pun begitu, malah lebih lagi. Berapa ramai antara kita yang kerap memuji dan mengingati Allah (selain ketika dlm solat) spt menyebut subhanallah dan Allahuakhbar? Cinta dan kasih sayang Allah kpd semua makhluk ciptaan-Nya tak berbelah bagi, tetapi bagaimana pula dgn kita, berapa kalikah kita melafazkan I love u Allah? 


#tepuk dada Tanya iman..


No comments:

Post a Comment