Saturday, 1 June 2013

Saturday, June 01, 2013

Cintai pemilik cinta

Assalamualaikum w.b.t..

Entry hari nie saya rasa ingin mencoretkan perihal CINTA.. Terdetik hati saya ingin mencoretkan perihal cinta kerana bila saya on je facebook, mesti ramai yang update status pasal cinta, pasal bf or gf mereka bagai.. tambahan pula, budak-budak yang masih belajar di sekolah rendah dan menengah pun aktif bercinta. Mengalahkan orang-orang dewasa yang patut kahwin pun. huhu.. Usia belasan tahun macam mereka nie, adakah mereka tahu maksud cinta yang sebenar-benarnya?

Cinta tak terucap oleh kata-kata, 
Cinta pastinya menuntut pengorbanan, 
Cinta sendinya keikhlasan, 
Cinta mengajar erti kesabaran, 
Cinta mendidik untuk berusaha 
Cinta melatih diri menjadi kental dan tabah, 
Cinta mengajar untuk memberi dan menerima, 
Cinta adalah anugerah Allah kepada manusia. 

Siapa yang hatinya tak pernah diketuk rasa cinta? Tipulah kalau ada yang mengakui dirinya tak pernah merasainya walaupun sekali atau rasa kontang dengan kasih dan sayang pada sesuatu atau pada seseorang. Kenapa saya kata tipu? Sekalipun seseorang itu memang tak pernah langsung bercinta sesama manusia, paling tak pun rasa cinta kepada Allah itu ada, bukan? Bahkan wajib kita menanam cinta kepada pemberi cinta iaitu Allah s.w.t. 

Cuba kita lihat gelagat orang yang sedang bercinta. Apabila seseorang dilamun cinta pastinya dia akan sentiasa ceria, mudah tersenyum, kerap menghantar SMS dan menelefon untuk mendengar suara bagi menyatakan rasa “sukanya pada awk, rindu pada awk, kaulah cintaku” dan macam-macam lagi ayat-ayat power orang yang sedang becinta. 

Setiap hari orang yang bercinta itu begitu bersemangat utk harungi hari. Tetapi katakanlah tiba-tiba satu hari cinta yg ada itu punah dan menuju pengakhiran, walaupun tanpa diminta. Setiap perlakuan, kata-kata, hatta penampilan diri menjadi tunggang-langgang dan serabut. Ketika itu keluarlah kata-kata “aku tak mampu hidup tanpa dirinya, hidupku tak bererti lagi, hatiku berkecai ibarat kaca terhempas ke batu, hancurnya hati ibarat debu-debu bertebangan.” Seolah-olah hilang imannya dek berkecainya harapan dan impian yg dibina. Pelbagai emosi yg lahir kerana satu kata iaitu CINTA. 

Bagaimana pula dgn cinta kita kepada pemilik segala cinta? Adakah sama rasa keterujaan cinta kepada-Nya seperti cinta kita kepada boyfriend or girlfriend? Adakah kita akan menangis setiap hari jika kehilangan cinta Allah sepertimana kita kehilangan buah hati kita? Sepatutnya kita tak takut kehilangan cinta manusia, tapi takut jika kehilangan cinta Allah. Kita bertuah bukanlah kerana dpt menjadi kekasih seseorang, tetapi beruntung jika dpt mnjadi kekasih Allah. Bagaimana caranya?

 Melalui penyataan cinta. Kalau benar kasih dan sayang Allah,mesti ada bukti. Kalau pasangan yang bercinta hari-hari memuji, hari-hari teringat-ingat, sepatutnya kita dgn Allah s.w.t pun begitu, malah lebih lagi. Berapa ramai antara kita yang kerap memuji dan mengingati Allah (selain ketika dlm solat) spt menyebut subhanallah dan Allahuakhbar? Cinta dan kasih sayang Allah kpd semua makhluk ciptaan-Nya tak berbelah bagi, tetapi bagaimana pula dgn kita, berapa kalikah kita melafazkan I love u Allah? 


#tepuk dada Tanya iman..


Friday, 31 May 2013

Friday, May 31, 2013

Kelembutan Cara Rasulullah..

                                                        
Assalamualaikum w.b.t..

Hari nie aku rajin nak menulis. hee.. bukan senang kan nak ada mood menulis nie.. Ape-ape pun entry kali nie aku tulis untuk berkongsi sedikit ilmu. Ilmu nie aku ambil dari program Tv kt tv9 yang bertajuk “Signs of the Hereafter”. Ia menerangkan cara dan bagaimana Nabi menentang kaum kafir dulu dengan begitu lembut sekali. Nabi tidak berputus asa dalam menyebarkan ajaran islam dulu..

Nabi tidak sesekali memaksa dengan kekerasan orang-orang bukan islam untuk masuk islam. Nabi hanya menentang atau berperang dengan kaum kafir yang akan membuat Nabi dan orang islam terancam nyawanya. Nabi sering berpesan kepada para sahabat dan pengikutnya jangan menggunakan kekerasan, jangan cemarkan sungai, jangan tebang pokok, jangan bakar kediaman mereka, jangan serang mereka pada waktu malam kerana akan mengejutkan ibu mereka yang menyusukan anak. Subhanallah.. begitu lembut cara nabi dalam menentang kaum kafir. Nabi juga melarang pengikutnya menyerang mereka semasa mereka menyembah tuhan mereka..

Kita sebagai umatnya haruslah berusaha dalam menjadikan Nabi sebagai role model dalam menjalani hidup yang penuh mencabar ini.. 

Ok, setakat itu je untuk hari ini. Moga bermanfaat!

Wallahu a’lam..







Friday, 22 March 2013

Friday, March 22, 2013

Dunia Terlalu Kecil Untuk Ditangisi..

Assalamualaikum w.b.t..

Entry kali nie mengisarkan kesedihan.. semua orang pernah mengalami kesedihan kan? Termasuk laa aku sendiri. Hehee.. Tipu laa kalau korang tak pernah rasa sedih sebab kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya.
Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh dariNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia? 

Sedangkan kita bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Contohnya gagal dalam exam, ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah? 

Kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri, masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadap qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar. 

Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar. Jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi. 

Diharap kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik.

Sekian, Wallahu a’lam




Thursday, 19 April 2012

Thursday, April 19, 2012

UKHWAH

UKHWAH itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah..
Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi…
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai..
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat..
Biarkan penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula…
Biarkan diri ini derita, agar aku tahu kepahitan derita ini, agar aku sedar kesengsaraan ini..
Tak sama bahkan secebis daripada penderitaan Rasulullah SAW.. tapi, manusia yang menzalimi diri mereka sendiri..
Cahaya kelam pahala dosa, berupaya memilihnya..
Walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu..
Namun peluang dari-Nya sentiasa memayungi..



Diturunkan Ad-din memperhalusi akal,
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak,
Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti,
Menjadi sebaik-baik umat..
Tunduk sebagai hamba, berjalan sebagai khalifah,
Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata “iman”
Menyemai sepohon “taqwa”
agar dapat berteduh dari kepanasan “nafsu”
agar dapat berlindung dari angin hasutan “syaitan”
dalam mencari “KEREDHAAN ALLAH SWT”

Tuesday, 12 April 2011

Tuesday, April 12, 2011

8 Tip mudah membersihkan hati

Assalamualaikum w.b.t..

Dah lama rasanya tak mengarang.. dah lama jugak tak buka blog ni. Hari nie rajin nak post something. huhu.. Untuk entry kali nie saya nak kongsikan sesuatu. Macam mana cara mudah untuk membersihkan hati? 

Kalau hati bersih, comfirm ilmu senang masuk dan kita rasa dekat je dengan Allah.

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir

Bagaimana kita nak membersihkan hati dan membuang sikap-sikap negatif di dalam diri kita secara perlahan-lahan?

Berikut adalah 8 tips mudah yang ingin saya kongsikan bersama.
1. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan
2. Beribadat dengan benar dan seikhlas hati
3. Berakhlak baik
4. Menimba ilmu tanpa henti
5. Bekerja keras cara bijak
6. Bersederhana dalam hidup
7. Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
8. Memaafkan orang lain



Saturday, 19 March 2011

Saturday, March 19, 2011

Masa Itu Jiwa Dunia-siapakah aku di hadapan tuhanku??

                       
Masa Itu Jiwa Dunia –Siapakah Aku Di Hadapan Tuhanku??

SUBUHNYA
-Di manakah aku berada
-masih enak di dlm kelambu rindu
-Sambil berfoya-foya dengan waktu
-Masa bagai menderu
-Terlupa aku di hujung waktu
-Siapakah aku di hadapan tuhanku?

ZOHORNYA
-Aku lebih memikirkan kelaparan, kehausan dan rehatku
-Aku lebih memetingkan jawatanku
-Aku bertolak ansur dengan waktu
-Aku gembira membilang keuntungan
-Aku terlupa berapa besar kerugian jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
-Siapakah aku di hadapan tuhanku?

ASARNYA
-Aku lupa warna masa
-Cepat berubah bagai ditolak-tolak
-Aku masih dengan secawan kopiku
-Terlupa panas tidak di hujung kepala
-Aku masih bercerita
-Siapakah aku di hadapan tuhanku?

MAGHRIBNYA
-Aku melihat warna malam tetapi aku masih berlegar-legar..disebalik tabirnya
-Mencari sisa-sisa keseronokan
-Tiada terasa ruang masa yang semakin singkat
-jalan yang bertongkat-tongkat
-Siapakah aku di hadapan tuhanku?

ISYAKNYA
-Kerana masa yang panjang, aku membiarkan penat menghimpit dadaku
-Membiarkan kelesuan menggangguku
-Aku rela terlena sambil menarik selimut biru
-Bercumbu-cumbu dengan waktuku
-kini aku tertanya-tanya
-Sampai bila aku akan melambatkan sujudku
-Apabila Azan berkumandang lagi
-Aku tak akan biarkan….Masjid menjadi lebih sepi
-Kerana di hujung hidupku ini ada mati
-Bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sana
-Bagi ruangku dibiarkan kosong
-Jika wajahku menjadi asing pada mentari dan bintang-bintang
-Siapakah aku di hadapan tuhanku???



Thursday, 17 March 2011

Thursday, March 17, 2011

Masihkah Ada Waktu??

Aku berteleku mengenang nasib diri yang hina ini. Masihkah ada sinar untuk hari esok..?? Apakah bakti yang telah kita taburkan pada agama dan bangsa kita?? Bersediakah iman kita menjawab soalan yang telah terang-terang tersebar luas dan mudah dibumi ini tapi belum tentu soalan yang mudah ini mampu diungkap ketika disoal oleh malaikat kelak. Ya Allah.. hinanya aku disisiMu.. mampukah aku meraih cintaMu dalam kehidupan ini.. sudah bersediakah aku menemuiMu dalam keadaan diri ini yang masih dibuai mimpi yang diselimuti keindahan duniawi ini... ya Allah.. ampunkan dosaku...

Ya Allah, sanggupkah hatiku kehilangan orang-orang yang aku sayang seperti yang mulutku sering ungkapkan?..mungkin mulut mampu menipu, tapi hati tiada yang mengetahui.. Ya Allah andai ini takdirnya.. aku rela kehilangan mereka.. dari aku kehilanganMu.. kuatkanah hatiku dalam meniti kehidupan ini.. dan janganlah Kau pesongkan hatiku setelah Kau beri nikmat kepadaku...



Thursday, 10 March 2011

Thursday, March 10, 2011

Rahsia surah yassin Ayat ke 58

Assalamualaikum w.b.t..

Saya rindukan suasana asrama dulu.. rindukan solat berjemaah, mengaji beramai-ramai, mendengar tazkirah dan segala yang menjadi rutin harianku ketika dulu.. tapi kini kehidupanku dah berubah.. ya Allah Kau temukanlah aku dengan orang yang mampu membimbing aku kejalan Mu. kalau dulu setiap kali membaca yassin secara berjemaah, seringkali kami digalakkan berdoa selepas membaca surah yassin ayat 58 dan ini saya kongsikan fadhilat dari ayat tersebut "Barangsiapa yang membaca surah yassin sepenuhnya dan pada ayat ke 58 iaitu "SALAMUN QAULAN MIN RABBIRRAHIM" Diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baiknya, insyaAllah dengan izinNya, semua hajat itu akan dikabulkan."


1) ya Allah ya Rahim, ampunkanlah dosa-dosaku, ibu bapaku, guru-guruku, saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku serta muslimin dan muslimat yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia
2) ya Allah ya Razzak, andai rezeki ku di langit, turunkanlah ia, andai ia dibumi keluarkanlah ia, andai ia jauh dekatkanlh ia, dan andai ia haram Kau halalkanlah ia
3)ya Allah ya jabbar, Kau makbulkanlah doa orang-orang yang aku sayang & yang menyayangiku dan berikanlah mereka ketenangan hidup didunia dan akhirat serta kemudahan dalam menjalani kehidupan ini
4)ya Allah ya Mutaqabbir, lindungilah aku dari gangguan jin dan syaitan dan sifat kianat manusia dan lindungilah aku dari fitnah manusia akhir zaman 
5)ya Allah ya Wadud, Kau kurniakanlah aku serta keluargaku dan juga umat nabi Muhammad kesihatan yang baik dan hidup yang bermanfaat dan lindungilah kami dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan padaMu
6) ya Allah ya Rahman, temukanlah aku dengan suami yang soleh yang dapat membimbing aku serta zuriatku dalam mentaatiMu dan temukanlah kami diatas jalan Taqwa
7) ya Allah ya zalzala liwal iqram, Kau perkenankan doa hamba yang lemah ini.. sesungguhnya Kau maha pendengar lagi maha mengasihani


aminn..
Thursday, March 10, 2011

Bersediakah kita Menghadapi Mati??


"setiap yang hidup pasti akan merasai mati"

Ayat biasa yang orang selalu dengar kan? tapi pernah ke kita terpikir akannya? bila-bila masa je nyawa kita akan di ambil. Maka apabila Allah kata jadi, maka jadilah ia.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segalanya. Tidak kiralah ia haiwan, tumbuhan atau manusia itu sendiri. Maka siapkanlah diri kita dengan amalan-amalan dalam menghadapi semua ini.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagian,
  1. hartanya untuk warisnya.
  2. Nyawanya untuk Malaikal Maut.
  3. Dagingnya untuk ulat-ulat. 
  4. Tulangnya untuk tanah. 
  5. Amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya.

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
  1. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
  2. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
  3. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau? 

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
  1. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
  2. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
  3. Hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerjah suara dari langit tiga kali:
  1. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
  2. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
  3. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderaan selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
  1. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
  2. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
  3. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
  1. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
  2. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
  3. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
  1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
  2. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
  3. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).